Pages

Saturday, April 9, 2011

Model Proses Kreatif Graham Wallas 1922

Rajah 1. Model Pemikiran Kreatiif Graham Wallas
Graham Wallas dilahirkan pada 31 Mei 1858 dan meninggal pada 9 Ogos 1932. Beliau merupakan seorang sosialis Inggeris, pakar psikologi dan tokoh akademik. Beliau juga telah banyak mengemukakan idea berkaitan dengan proses pemikiran kreatif.  Model proses kreatif seperti rajah 1 di atas telah diperkenalkan pada tahun 1922.
  1. Penyediaan (Preparation)- minda difokuskan kepada isu atau masalah dan dianalisis atau diteroka. Kreteria dibina untuk menganal pasti penyelesaian masalah yang boleh diteruskan. melibatkan langkah-langkah seperti membina rangka kasar, mendraf soalan dan idea-idea awal.
  2. Pengeraman (Incubation)- Individu menangguhkan proses kreativiti buat sementara dan melakukan perkara-perkara lain terdahulu. Idea dibiarkan mengeram dalam minda.
  3. Iluminasi (Illumination)- Idea-idea kreatif tercetus secara tiba-tiba dalam keadaan sedar mereka tiba-tiba mendapati idea bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah. Pada peringkat ini individu memalui proses mengenal karekter.
  4. Verifikasi (Verification)- peringkat akhir. Idea elah disahkan, dihuraikan dan diaplikasikan. Aktiviti atau demostrasi akan dijalankan untuk melibatkan apa yang terdapat pada peringkat illuminasi atau tidak dengan keperluan kreteria yang terdapat pada peringkat persediaan.

No comments:

Post a Comment